BAU PELIK DI KLCC

Kisah benar ini berlaku di Menara KLCC yang menjadi kemegahan kini. Pernah terjadi pada satu hari, waktu tu KLCC baru saja dibuka untuk kegunaan ramai. Seorang pegawai yang bertugas lebih masa terpaksa tinggal di pejabat keseorangan. Toleh kanan dah tak ada orang, toleh kiri pun dah tak ada orang lagi, tengok jam di tangan dah pukul tiga lebih. Maka lelaki ni pun bergegaslah untuk turun ke bawah. Kebetulan pula pejabatnya di tingkat 40, kalau nak diikutkan time ni dah tak patut ada orang lagi dah. Lelaki ni pun melangkah masuk ke lif. Tekan butang G, tetiba saja lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni mula tak sedap hati. Sampai di tingkat 56, lif tiba-tiba berhenti. Berdegup kencang jantung lelaki itu. Masuk sorang perempuan cantik, memang tak pernah pun dilihat sebelum ni. Melangkah masuk saja diiringi dengan bau harum semerbak. Dalam hati lelaki ni memang dah tak tenteram. Bau wangi ni pun dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menuju ke tingkat bawah. Sampai saja ke tingkat 18 tetiba saja lif berhenti. Tetiba juga lampu lif terpadam. lelaki ni mula panik. serentak itu juga ada bau yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat di baca apa yang terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu bernyala semula. Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke belakang ...............................  Dengan muka kemerahan, perempuan itu berkata "he...he....he..... maafkan saya. Saya terkentut"

Diriwayatkan semula oleh BUDAK INTERNET > > Penjelasan al-kisah di bawah

1. Lif bergerak ke tingkat atas walaupun lelaki itu menekan G kerana lif itu > dalam perjalanan ke tingkat 56 untuk mengambil perempuan cantik itu yang 'memanggilnya' terlebih dahulu. Si lelaki pula ketika menunggu di luar pintu lif telah menekan kedua-dua iaitu butang untuk ke atas dan turun ke bawah. Sebab itulah lif berhenti bila tiba ke tingkat 40, sebelum teruskan perjalanan ke tkt 56.

2. Perempuan cantik tu pun pekerja di KLCC tu juga. Lelaki tu tak pernah tengok sebab dia tak pernah pun ke tingkat atas sebelum ni dan pernah terserempak pun dgn perempuan tu sbl ni.

3. Bau harum semerbak tu, adalah hasil bau wangian (perfume) yang dipakai oleh perempuan tu.

4. Pukul tiga tu bukanlah pukul 3 pagi tetapi 3 petang. Memang orang dah tak ada kerana hari tu hari Sabtu, kerja separuh hari.

5. Aaa.... bab kenapa lif tu berhenti di tkt 18. Itu lelaki tu pun tak pasti > kenapa. Katanya, mungkin kebetulan, mungkin ada masalah gangguan letrik, atau pekerja sedang baiki lif..... entahlah... aku pun tak tahu. Katanya > lagi "Kalau aku tahu sebabnya, tentulah aku tak alami peristiwa lucu ni. Bodoh....

                                                                              | Kembali Ke Laman Utama | Arkib Lawak Pilihan |