by ukma.tripod.com

Buat Disket Boot (Startup Disk)

Disket Boot merupakan disket yang digunakan untuk memulakan sistem komputer apabila sistem komputer berkenaan gagal bermula dengan sendirinya. Ini kemungkinan disebabkan masalah pada fail sistem dalam cakera keras ataupun masalah pada cakera keras (hard disk) itu sendiri. Misalnya terdapat `bad sector' pada hard disk ataupun kemungkinan ada serangan virus pada sistem komputer tersebut.

Pada ketika ini, kita memerlukan disket but untuk memulakan komputer dan kemudiannya menggunakan disket but tersebut juga untuk melakukan 'scandisk' pada hard disk berkenaan untuk mengenalpasti masalahnya. Jika fail sistem rosak, kita boleh menggantikannya dengan fail system yang baru daripada disket but. Jika ada masalah pada hard disk, kadangkala dengan melaksanakan operasi scandisk, masalah tersebut dapat diselesaikan.

Ataupun selesai melakukan scandisk dan usaha mengesan kesilapan (error), ia disebabkan masalah bad sector ataupun masalah fail yang kelam kabut, atau diserang virus yang dahsyat dan anda memikirkan untuk memformat dan melakukan installasi  semula ataupun anda ingin melakukan fdisk, maka disket but ini tentunya amat berguna.

Jadi, bagaimana caranya membuat disket but. Caranya mudah sahaja.

Jika anda menggunakan Sistem Windows 95 ataupun 98:

  1. Klik Butang Start
  2. Klik Settings
  3. Klik Control Panel
  4. Double Klik Add/Remove Programs
  5. Klik pada Tab Startup Disk
  6. Klik Create Disk
  7. Masukkan Disket & ikuti arahan seterusnya
  8. Keluarkan disket bila dah siap
  9. Labelkan disket tersebut dengan nama yang sesuai (boot disk / startup disk)
  10. Cuba mulakan komputer anda dengan disket boot tersebut. (Pastikan setting boot sequence pada bios di dahului oleh A)
  11. Jika boleh...yeah...anda sudah berjaya.....simpan disket di tempat selamat. Guna bila diperlukan.
Jika anda masih menggunakan Windows 3.x dan Operating System adalah Dos
  1. Berada di C Prompt ( c:\> )
  2. Format disket anda dengan arahan:  format/s   (c:\> format/s a: )
  3. Selesai proses format, salin fail-fail penting dari direktori dos seperti fail:

Selamat Mencuba !
Jika bermasalah, segera hubungi kami.
 
  | Kembali Ke Laman Utama | Arkib Soal Jawab Komputer |