Make your own free website on Tripod.com
 

INTERNET

Internet merupakan singkatan daripada International Networking yang bermaksud Sistem Rangkaian Antarabangsa, yakni sejenis sistem yang boleh menghubungkan semua komputer yang terdapat di dunia.  Internet merupakan satu medium komunikasi yang boleh menampung apa saja jenis komunikasi.

Setakat ini,kemudahan internet yang paling digemari adalah:

Satu ciri istimewa laman web ialah keupayaan memaut ke laman web yang lain. Ini menjadikannya bertaraf seantero dunia, tiada batasan dan sempadan dan membentuk hirarki raksasa laman web.

Untuk melayari internet, anda memerlukan perisian Pelayar Web. Contoh perisian pelayar web yang popular adalah Netscape Navigator / Communicator dan Internet Explorer. Pelayar lain yang sedang meningkat popular adalah Neo Planet. Perisian ini boleh di download daripada laman web:    http://www.neoplanet.com

Sebelum anda boleh mula melayari internet, anda terlebih dahulu perlulah menghubungkan komputer anda dengan komputer dalam sistem rangkaian. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan Dial Up Networking. Untuk melengkapkan proses Dial Up Networking pula, anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun dengan pembekal khidmat rangkaian. Di Malaysia, dua syarikat pembekal perkhidmatan rangkaian ke internet ialah Jaring dan TM Net. Apabila membuka akaun, anda akan diberikan satu nama (user name) dan kata laluan (password) untuk membolehkan anda log masuk ke sistem rangkaian antarabangsa.

Selepas komputer anda telah dapat berhubung dengan komputer dalam sistem rangkaian antarabangsa, bolehlah anda mula melayari internet menggunakan perisian pelayar web seperti Netscape ataupun Internet Explorer. Jika anda ingin menghantar surat bolehlah anda menggunakan perkhidmatan e-mail percuma yang disediakan seperti menggunakan hotmail, e-mail yahoo, waumail, mailcity dan sebagainya lagi. Anda perlu mempunyai akaun dengan mereka untuk menerima dan mengirim e-mail. Jika anda belum mempunyai akaun e-mail, anda boleh mendaftar di salah satu laman e-mail terkenal iaitu: http://www.hotmail.com

Untuk melayari laman-laman web dalam internet, anda perlulah mengetahui alamat-alamat bagi laman web tersebut. Contohnya alamat bagi laman web Yahoo ialah  http://www.yahoo.com . Alamat inilah yang perlu ditaip pada location / address yang terdapat pada perisian pelayar web yang anda gunakan. Bagi perisian pelayar web versi yang lebih terkini, anda tidak perlu menaip keseluruhan alamat tersebut. Contohnya untuk ke laman web yahoo, cukup dengan menaip yahoo.com ataupun yahoo. Untuk ke laman web hotmail, cukup dengan menaip hotmail.com atau hotmail sahaja.

Jika anda tidak mengetahui alamat bagi sesuatu laman web pula, anda boleh menggunakan khidmat enjin-enjin pencari seperti yahoo, altavista, lycos, hotbot, excite dan sebagainya lagi. Di Malaysia terdapat sejenis enjin pencari yang dikenali sebagai Cari. Anda boleh menemuinya di alamat berikut: http://www.cari.net.my. Halaman ini menyediakan khidmat bagi mencari laman-laman web Malaysia.

Selain melayari laman-laman web dan menggunakan perkhidmatan e-mail, anda juga boleh mendengar muzik, ceramah, mendengar radio, menonton TV, berbual-bual dan sebagainya lagi. Walaubagaimanapun untuk mendengar muzik, ceramah, menonton TV dan mendengar radio, komputer anda perlu dilengkapkan dengan perisian seperti Real Player, Win Amp, Real Jukebox dan sebagainya lagi. Jika anda belum mempunyai perisian ini, boleh muat turunnya (download) daripada laman web berikut:  http://www.realplayer.com. Untuk berbual-bula pula anda boleh menggunakan perisian seperti MIrc dan Freetel. Perisian ini boleh didapati di laman web http://mirc.com/ dan laman web http://www.freetel.com/ secara percuma.

Semoga dengan maklumat yang diberikan ini, akan membantu anda untuk mengenali dan memahami sebahagian kecil dunia intenet yang begitu luas..

Sekian.

| Kembali Ke Laman Utama | Arkib Soal-Jawab Komputer |