Make your own free website on Tripod.com

 

Aha.... berparut di badan ya... Ini mesti budak nakal ni... Suka memanjat ya?....

Ohhh... bukan nakal... dapat parut secara tidak sengaja ya?.  Tidak mengapa. Kalau nak hilangkan parut tu (agaknya dah bertahun-tahun), ini petuanya. Cuba dulu. Jika diizinkan Allah, pasti berhasil.

Goreng segenggam beras (jangan goreng dengan minyak pula), biarkan ia kekuning-kuningan. Lepas tu tumbuk atau hancurkan hingga lumat / luncai. Gunakan apa yang patut. Kemudian campurkan beras yang kau lumat-lumatkan tadi dengan air asam jawa.

Lepas tu gosok-gosokkan le pada seluruh kulit badan. Aaa mestilah buat sebelum kau mandi... Kalau dah mandi buat lain kali je..lah. Petuanya, buat amalan ni setiap pagi sebelum mandi.. Kalau takut tak sempat pergi kerja, ha.. bangun awal sikit.

Kesannya kulit akan menjadi lembut dan lama-kelamaan parut akan hilang.

Selamat mencuba! 

| Kembali Ke Laman Utama | Arkib Petua |