Make your own free website on Tripod.com

 

Masalah panau?. Kat mana?. Kat muka? Kat Leher?. Bukan?. Abih tu kat mana?. OOO.... kat badannnn. Haaa... ini petuanya.Ambil sedikit belerang serbuk (sedikit saja tau, bukannya nak buka kilang mercun), kemudian cari sebiji limau nipis. Kalau dah tau ada kat dapur, haa lagi senang, tak payah cari... pergi ambil... Lepas tu limau tu kau belah-belahkan (jangan cincang-cincang pulak). Jangan belah banyak2, belah dua dahle. Kesian pulak kat limau tu.... kan...kan... Lepas tu sapukan sedikit belerang ke atas permukannya. Gosokkan limau bersalut belerang tu ke bahagian yang berpanau tu.

Masa mana nak buat?. Itu kau punya sukalah. Tapi, kita syorkan seeloknya apabila kau dah nak masuk tidur. Buatlah beberapa malam macam tu. Tengok perubahannya.Insya Allah. Aaaa.... ini satu lagi pesan nenek aku, kalau susah sangat nak cari limau nipis (maklumlah limau kan bulat-bulat belaka), gunakan lengkuas pun boleh juga. Kalau itu pun susah juga, gunakan hampas kelapa. Kalau itu pun susah juga.....  aaaa pakai je berus tembaga... haaa baru padan muka....

Selamat mencuba.

Zaiton, Taiping

| Kembali Ke Laman Utama | Arkib Petua |