DI SINI BUKAN TEMPATMU

Bila seorang tamu

bernama leka

bertandang ke rumah diri

seorang engkau

halaukan saja

dan nyatakan padanya

di sini bukan tempatmu

untuk bersenang-lenang

kerana di sini

telah lama bertapak

sebuah kesedaran

dan jika esoknya

ia datang lagi

membawa sekalung malas buatmu

lemparkan saja

jauh dari meja rasamu

dan nyatakan padanya

aku sudah insaf.

 

- Rozaman Ismail

 | Kembali Ke Laman Utama | Arkib Puisi Pilihan |