Make your own free website on Tripod.com
 
Orang Kidal Lebih Cerdik?

Adakah anda kidal?. Kalau ya, apa perasaan anda?. Sukarkah menyesuaikan diri dengan keadaan di mana majoriti menggunakan anggota kanan?.

Kalau anda seperti kebanyakan orang - menggunakan tangan kanan - cuba tanya soalan di atas kepada kawan2 yang kidal. apa jawapan mereka?.

Kita tahu, banyak peralatan harian seperti tombol pintu, kunci, pemutar skru, alat muzik, malah butang baju tidak dicipta untuk memudahkan orang kidal, kecuali beberapa alatan sukan. Tetapi mereka dengan mudah dapat menyesuaikan diri.

Belum pernah ditemui orang kidal gagal menggunakan peralatan yang ada. Mungkin mereka cepat belajar dan kerana itulah ramai mengatakan orang kidal lebih cerdik. Betul ke?.

Memang ramai tokoh dunia kidal, antaranya bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan ronald Reagan. Bahkan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Presiden Fidel Castro dari Cuba, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, saintis terkemuka Albert Einstein, pelukis potret Monalisa, Leonardo Da Vinci dan Michaelangelo, penyanyi Kurt Cobain dan Phil Collins adalah antara manusia kidal yang berjaya dalam bidang masing2.

Alasan kidal itu cerdik, tentulah tidak betul. Ia bergantung kepada banyak faktor - didikan, alam sekeliling, usaha, minat dan sebagainya.

Kidal tiada kaitan dengan cerdik atau tidak. Tiada sebarang bukti saintifik membenarkan pendapat itu. Namun ia bukan merupakan kecacatan.

Kidal juga tiada sebarang keistimewaan, tiada beza dengan orang lain.

Keadaan itu terjadi kerana pengaruh otak ke atas sebahagian yang lain. Menurut saintis, apabila otak kiri dominan, ia akan mengawal fungsi badan sebelah kanan. Akibatnya anggota sebelah kanan lebih berkembang dan aktif.

Pada mereka yang kidal, perkara sebaliknya berlaku. Otak kanan yang mengaktifkan setiap anggota sebelah kiri. itu saja!.

Dipetik daripada: Mastika, Nov, 2000.

| Kembali Ke Laman Utama | Arkib Rencana Pilihan |