Kolesterol "baik" dan kolesterol "buruk"

Para doktor telah lama tahu akan kaitan antara kolesterol dengan penyakit jantung, tapi satu kontroversi timbul tentang kesan yang diakibatkan oleh kolesterol yang berlaianan. Kolesterol yang melekat pada protein akan turut beredar bersama peredaran darah. Kira2 70% daripadanya dibawa oleh lipoprotein berketumpatan rendah (LKR) yang mengakibatkan salur darah tersumbat dan menyebabkan serangan jantung. Kolesterol ini digelar kolesterol buruk. Kolesterol selebihnya dibawa oleh lipoprotein berketumpatan tinggi (LKT), tetapi tidak menyebabkan penyakit jantung dan digelar kolesterol baik.

Satu kajian yang dijalankan di Finland terhadap 4000 orang separuh umur mengesahkan analisis tersebut. Buat pertama kalinya kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan kolesterol LKT sebenarnya membantu menghalang pesakit yang berisiko tingi diserang penyakit jantung. Analisis tersebut juga menyangkal pendapat sebelum ini yang mengatakan penurunan paras kolesterol secara mendadak sahaja yang membawa faedah. Dalam kajian tersebut terhadap sekumpulan orang, para penyelidik berusaha meningkatkan kolesterol baik di dalam darah serta dapat menurunkan 10% keseluruhan kolesterol.

Kumpulan yang satu lagi diberi plasebo. Ujian ini memakan masa lima tahun. Laporannya yang disiarkan dalam majalah New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa kurang 1/3 daripada mereka yang mengambil dadah tersebut hanya mengalami serangan jantung yang tidak berbahaya.

Bagaimanapun di Russia, gelaran buruk dan baik tidak digunakan bagi maksud yang sama. Keputusan ini dibuat hasl kajian selama tujuh tahun terhadap 7800 orang pertengahan umur dari Moscow dan Leningrad. Kajian itu menunjukkan di Russia bilangan mereka dengan LKT tinggi yang diserang penyakit jantung adalah lebih kurang sama dengan mereka yang mempunyai kandungan LKT yang rendah. Tambahan pula banyak daripada mereka yang mati akibat penyakit lain terutamanya kanser. Sebaliknya dalam kajian yang sama terhadap 982 orang Amerika yang mempunyai kolesterol  baik yang tinggi didapati kadar kematian akibat sebarang sebab adalah rendah.

Sumber: Dewan Masyarakat.

| Kembali Ke Laman Utama | Arkib Rencana Pilihan |