Arahan Selanjutnya
Seorang askar baru sedang bertugas mengawal pintu masuk utama.
Arahan untuknya adalah jelas. Tiada kereta dibenarkan masuk kecuali mempunyai
sticker khas di cermin hadapannya.
Sebuah
kereta tentera yang besar datang dengan seorang Jeneral berada di dalamnya.
Askar pengawal itu berkata, "Berhenti!. Siapa di dalam?"
Pemandu kereta berkenaan, seorang Korporal menjawab, "Jeneral Zaini"
"Maafkan saya. Tuan tidak dibenarkan masuk kerana kereta ini tidak mempunyai sticker khas pada cerminnya."
Jeneral itu berkata, "Pandu terus!"
Askar pengawal itu berkata, "Nanti dulu!. Tuan betul-betul tidak dibenarkan masuk. Saya mendapat arahan untuk menembak jika
tuan cuba
masuk tanpa sticker khas."
Jeneral itu kemudiannya berkata kepada Korporal dihadapannya, "Saya
beritahu kamu, jalan terus!"
Askar pengawal itu kemudiannya merapati cermin belakang kereta dan berkata,
"Jeneral, saya baru dalam perkara ini. Adakah
saya perlu menembak tuan atau pemandu tuan?".
| Kembali ke Laman Utama | Arkib Lawak Pilihan |