Rahsia Guru ERT
Satu hari
semasa kelas memasak, guru ERT kami, Pn. Rahmah sedang menceritakan rahsia
resepinya membuat ramuan sos yang sempurna lagi enak. Dia kemudiannya
mengarahkan kami membawa senduk kayu sebagai persediaan membuat latihan masakan
esok hari. Sebelum keluar dari kelas, dia sekali lagi mengingatkan "Jangan
lupa!, bawa senduk kayu bukannya senduk besi".
Semasa saya sedang menyediakan ramuan sos esok harinya, saya memikirkan rahsia
di sebalik penggunaan senduk kayu berkenaan. Saya amat merasakan yang ianya
adalah berkaitan dengan 'kepanasan'. Untuk memuaskan hati, saya mengambil
keputusan bertanya terus kepada Pn. Rahmah "Kenapa kami mesti menggunakan
senduk kayu dan bukannya senduk besi seperti biasa?".
Dengan selambanya dia menjawab "Sebab, jika saya terpaksa lagi mendengar
riuhnya bunyi senduk kamu berlaga dengan peralatan2 besi lain ketika kamu semua
memasak, saya boleh menjadi gila"