Disket Boot merupakan disket yang digunakan untuk memulakan sistem komputer apabila sistem komputer berkenaan gagal bermula dengan sendirinya. Ini kemungkinan disebabkan masalah pada fail sistem dalam cakera keras ataupun masalah pada cakera keras (hard disk) itu sendiri. Misalnya terdapat `bad sector' pada hard disk ataupun kemungkinan ada serangan virus pada sistem komputer tersebut.
Pada ketika ini, kita memerlukan disket but untuk memulakan komputer dan kemudiannya menggunakan disket but tersebut juga untuk melakukan 'scandisk' pada hard disk berkenaan untuk mengenalpasti masalahnya. Jika fail sistem rosak, kita boleh menggantikannya dengan fail system yang baru daripada disket but. Jika ada masalah pada hard disk, kadangkala dengan melaksanakan operasi scandisk, masalah tersebut dapat diselesaikan.
Ataupun selesai melakukan scandisk dan usaha mengesan kesilapan (error), ia disebabkan masalah bad sector ataupun masalah fail yang kelam kabut, atau diserang virus yang dahsyat dan anda memikirkan untuk memformat dan melakukan installasi semula ataupun anda ingin melakukan fdisk, maka disket but ini tentunya amat berguna.
Jadi, bagaimana caranya membuat disket but. Caranya mudah sahaja.
Jika anda menggunakan Sistem Windows 95 ataupun 98:
Selamat Mencuba !
Jika bermasalah, segera hubungi kami.
| Kembali Ke
Laman Utama | Arkib Soal Jawab
Komputer |