Ubat Kembong Perut
Anda mengalami maslaah kembong perut akibat tersalah makan ataupun perut masuk angin?. Cuba petua ini. Ambil dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih berkenaan. Selepas itu kupas kulitnya dan makanlah bawang putih berkenaan. Insya Allah dalam masa beberapa minit sahaja, angin dalam perut akan berkurangan dan anda akan berasa lebih selesa.