TANDA-TANDA BAHAGIA
DAN SENGSARA
Tanda-tanda Bahagia
1. menjauhkan
diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2.
himmahnya(kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. sedikit
kata terhadap apa yang tidak diperlukan
4. sangat
memelihara sembahyang fardhu yang lima
5. menjaga
diri daripada yang haram dan syubhat,sedikit mahu pun banyak
6. bersahabat
dengan golongan yang soleh dan baik
7. bersifat
merendah diri
8. bersifat
dermawan yang ikhlas
9. belas
kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. bermanfaat kepada
orang lain
11. selalu ingat mati
dan bersiap sedia menghadapinya
Tanda-tanda Sengsara
1. rakus
terhadap harta dunia
2. kemahuan
kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia
3. kotor dalam
perkataannya serta banyak ghibah(menceritakan cela orang lain)
4.
meringan-ringankan sembahyang fardhu yang lima
5. berkawan
dengan golongan yang fasik(derhaka)
6. buruk
perangainya
7. sombong
lagi membangga diri
8. enggan
memberi kebaikan kepada orang lain
9. sedikit
kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. bersifat kedekut
11. lupa terhadap
mati
(Petikan kitab
Tanhibul Ghafilin)
| Kembali Ke Laman
Utama | Arkib Rencana
Pilihan |